beza PENAPIS BIASA DENGAN BIOCERA

beza PENAPIS BIASA DENGAN BIOCERA

Sunday 30 December 2012

PENYAKIT DATANG TANPA DI UNDANG

Ramai yang berkata bahawa untuk "staying healthy is expensive". Saya syorkan anda cuba jadi sakit? Bagaimana perasaan anda? Kesihatan adalah satu kurniaan yang tak ternilai kepada diri kita.

Apa yang menghindarkan kita dari sakit adalah kerana daya ketahanan badan kita atau pun antibodi. Tetapi ramai yang tidak mempedulikan langsung tentang daya ketahanan tubuh badan mereka.

Sebelum ini jarang-jarang kita mendengar penyakit seperti Kanser, Sakit Jantung, Darah Tinggi, Aids, Avian Flu dan lain-lain penyakit ganjil yang boleh membawa maut.

Disebabkan oleh gaya hidup zaman moden yang cukup stress dan cara pemakanan yang tidak seimbang, ditambah lagi dengan pencemaran alam sekitar yang sukar dikawal, maka ramai di antara kita yang sukar untuk menjadi sihat dan mudah pula mendapat pelbagai penyakit kronik.

Kita hanya menghargai nilai kesihatan semasa kita sakit. Mengapa kita hanya tunggu tanpa langkah pencegahan??

Friday 28 December 2012

Tip kecantikan untuk wanita!!!!

4. Tidur yg cukup...Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
sambungan...

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10.Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka

Thursday 27 December 2012

Tips Kecantikkan Dan Kesihatan Untuk Wanita !!

1. Minum banyak air...minum..minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang
toksin dalam badan,menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.

2. Bersenam ! Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok??Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan??

bersambung.....

Wednesday 26 December 2012

Tanda-tanda Awal Masalah Buah Pinggang?

Bengkak air
Bengkak air dapat dikesan sekirang berlaku kebengkakkan pada bahagian mata dan muka. Kebengkakkan ini hanya berlaku pada sebelah pagi dan kembali normal di sebelah petang. Selain itu, sekiranya seseorang itu berada dalam situasi kepenatan, kebengkakkan ini juga akan bertambah. Bengkak air yang serius akan menunjukkan kesan dimana-mana bahagian pinggang hingga ke kaki seperti kebengkakkan di buku lali. Bengkak air yang berpunca daripada penyakit ginjal akan menunjukkan kesan bengkak di sekeliling mata dan muka pada waktu pagi dan waktu petang ia akan kembali baik. Bengkak air yang teruk akan menyebabkan bengkak dan sakit pada tumit kaki dalaman, kaki dan pinggang.

Keratan Buah PinggangTekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi yang berpunca daripada masalah buah pinggang adalah sama dengan tekanan darah tinggi yang berpunca daripada penyakit lain. Ia mengakibatkan sakit kepala, pening, rabun dan berdengung di telingga. Pemeriksaan tekanan darah secara berkala atau kerap penting untuk memastikan tekanan darah berada di dalam keadaan normal. Ramai orang mengabaikan pemeriksaan ini disebabkan mereka telah lali dengan simptom-simptom seperti di atas dan tidak mengambil tindakan selanjutnya.

Sakit pinggang
Seringkali menghadapi masalah kesakitan di bahagian pinggang secara berkala ataupun berterusan.

Kencing terlalu banyak atau terlalu sedikit
Kuantiti air kencing orang normal adalah antara 1000ml – 2000ml setiap hari dengan puratanya 1500ml setiap hari. Tidak kiralah banyak atau sedikit kencing, ia kemungkinan tanda-tanda masalah buah pinggang. Perlu diambil perhatian, sekiranya seseorang itu kerap membuang air kecil di sebelah malam.

Keputusan ujian air kencing yang tak normal
Sekiranya setelah menjalani pemeriksaan air kencing, ujian mendapati terdapat unsur protein, sel merah, sel putih, bentuk organ dan glukosa di dalam air kencing, seseorang itu dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut.

Monday 24 December 2012

MINUM TEH TANPA SUSU DAPAT MENJAGA KESIHATAN JANTUNG!

Tahukah anda ‘teh’ dapat membantu anda menjaga kesihatan jantung? Bagi penggemar-penggemar ‘teh’ anda di nasihatkan supaya beralih kepada ‘teh tanpa susu’. Ini bermakna, anda haruslah mecuba minum ‘teh O’ daripada ‘teh’. Memang tidak dapat dinafikan bahawa minum teh pada waktu pagi dan petang ia amatlah enak sekali.
Namun, melalui ujian yang telah dijalankan, jika anda berminat untuk memanfaatkan teh yang maksimum, terutamanya kesihatan jantung anda, jangan tambahkan susu di dalam ‘teh’ anda.
Meminum ‘teh hitam’ atau ‘teh O’ dapat membantu melindungi anda daripada serangan sakit jantung. Dr. Mario Lorenz, yang membantu sebuah kajian di Berlin, mengatakan bahawa manfaat ‘teh’ yang sangat penting adalah dapat menambahkan kemampuan arteri untuk berkerja dengan lebih santai dan melancarkan aliran darah.
Tetapi dengan adanya kandungan susu, ia akan menghalang keajaiban yang di hasilkan oleh ‘teh’ ini.
Ini kerana susu bersifat meneutralkan semua jenis reaksi kimia. Maka, kebaikan yang terdapat di dalam ‘teh hitam’ ini akan turut dihilang atau dineutralkan dengan kehadiran susu di dalam minuman ‘teh’ anda.

Sunday 23 December 2012

TOKSIN??

Dari mana datang toksin?

Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui
macam-macam cara seperti :
■UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
■MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak
bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
■UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan
toksin bertambah dalam badan.
■RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
■MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
■DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia

Friday 21 December 2012

Membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi

Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :

1.PUASA – rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
2.DETOX hati – rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke, cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
3.DETOX Sistem Penghadaman – ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
4.DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
5.MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik

Wednesday 19 December 2012

Tahukah Anda ?? Kenapa Air Kencing Berbuih ??

Air kencing sebenarnya adalah bahan buangan hasil dari tapisan buah pinggang. Air kencing boleh menjadi keruh dan berbuih jika banyak protein terlepas dari tapisan buah pinggang.

Secara norma
l, buah pinggang akan menapis protein daripada keluar melalui air kencing kecuali terdapat masalah pada sistem penapisan buah pinggang seperti keradangan sistem penapisan yang dipanggil sebagai glomerulitis atau glomerulonephritis.

Kita sebenarnya dapat mengesan masalah kesihatan melalui air kencing. Dahulu kala, pengamal perubatan mengesan penyakit kencing manis dengan membiarkan air kencing di lantai dan perhatikan samada semut tertarik atau tidak. Jika semut suka pada air kencing tersebut, menunjukkan kandungan gula atau glukosa dalam air kencing itu adalah tinggi.

Air kencing juga ada masanya dirasa atau dihidu untuk mengesan penyakit tertentu seperti takungan ‘ketones’ berpunca daripada metabolisma lemah bagi tenaga sekiranya glukosa tidak dapat digunakan badan. Bau ‘ketones’ wangi dan berasa manis.

Menurut Dr. Thamby, air kencing adalah bahan kotoran yang keluar daripada hasil tapisan buah pinggang. Jika banyak protein tercicir keluar dari buah pinggang, air kencing menjadi keruh dan kelihatan berbuih. Protein biasanya tidak keluar dari buah pinggang kecuali sistem penapisan buah pinggang terganggu seperti keradangan sistem penapisan yang dikenali sebagai glomerulitis atau glomerulonephritis.

Apa itu glomerulonefritis? Juga dikenali sebagai nefritis glomerulus adalah penyakit ginjal ditandai dengan peradangan pada glomeruli, atau pembuluh darah kecil pada ginjal.

Air kencing berbuih kerana kehadiran protein boleh menyebabkan keadaan yang tidak normal pada buah pinggang, contohnya tahap protein melebihi paras normal.. besar kemungkinan kita berpotensi mengalami sakit buah pinggang.

Menurut Dr. Edward Otten dari University Cincinnati pula, bila warna air kencing jernih seperti air minum maksudnya ok.. takde masalah kesihatan, penyakit dan sebagainya. Tapi kalau warna seakan lemonade atau kuning muda, tubuh kita berada pada tahap ok tapi perlu minum air lagi.

Dan kalau warna coklat-coklat macam jus epal tu ataupun kuning tua.. maksudnya kita kekurangan air dalam badan.. mesti minum lagi banyak air lagi..

kalau warna kuning tua, coklat atau macam warna coca-cola pulak?.. segera lah berjumpa doktor.. takut-takut ancaman radang buah pinggang mengekori anda

Monday 17 December 2012

Gastrik / Angin Perut !!!

Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.

Apakah faktor yang mempengaruhi penyakit ini?

- pengambil ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.
-pengambilan kafein dan alkohol berlebihan.
-perokok.
- pemakanan yang tidak terurus.
-stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.

Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah ini:
1) sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut

2) rasa pening kepala.
3) mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
4) muntah.
5) badan rasa lemah lesu.
berat badan menurun.
6) najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah).

Badan berasid tinggi adalah punca penyakit gastrik

(Asid +Alkali =Neutral )

Sunday 16 December 2012

KANDUNGAN PENAPIS biocera

Bahan-Bahan Yang Terdapat Dalam Penapis Air Antioksidan Beralkali Biocera


Sistem penapisan air antioksidan beralkali BIOCERA ialah kajian 10 tahun oleh Dr.Jeon Hyoung Tag. Dgn penggunaan bebola seramik BIOCERA yg telah dipatenkan dimana beb
ola seramik ini diperbuat drp berbagai bahan2 seramik yg mempunyai fungsi tersendiri. Bebola seramik BIOCERA ini boleh menyingkir bendasing air,mikro-organisma,sisa2 bahan kimia,logam berat,sementara membebaskan antioksidan dan mineral yg memberi manfaat kpd kesihatan~~







Thursday 13 December 2012

1 KELUARGA 1 JUG BIOCERA ~~

1 KELUARGA 1 JUG BIOCERA ~~

Keluarga sihat ,hidup bahagia ....







Teknologi Terkini dan Terunggul Sistem Mudah Alih Air Antioksidan Beralkali BIOCERA yang didatangkan dalam bentuk JUG sangat selesa dibawa dan digunakan dimana-mana saja
samada di tempat kerja, berkelah, melancong, balik kampong dan dalam apa jua situasi. Biasanya kita cuma tahu penapis air lain dilekatkan di paip-paip air rumah kita. Jug ini adalah sebagai pelengkap kepada mana-mana sistem penapisan air yang lain, meningkatkan lagi kualiti air minuman supaya menjadi lebih sihat. Jangan buang penapis air lama cuma rawat air tersebut dengan memasukkannya dalam jug ini

Tuesday 11 December 2012

KELEBIHAN JUG BIOCERA

Keistimewaan Jug BIOCERA & Faedah Meminum Airnya:


*Mempunyai sistem penapisan yang dapat membekalkan air beralkali (nilai pH <br /> 8.5-9.5)
* Kaya dengan Antioksidan Berteknologi Nano
* Gugusan molekul airnya (51.49Hz) yang lebih kecil dari air biasa * 3 kali ganda menghidrat sel-sel lebih cepat dan berkesan
* Membuang bahan-bahan berasid dari sel-sel tubuh
* Membekalkan garam mineral, kalsium, kalium, sodium, magnesium kepada tubuh
* Mengandungi ion hydrogen aktif sebagai sumber antioksidan
* Menggalakkan kesejahteraan hidup dengan membantu menyeimbangkan pH tubuh
* Memudahkan penyerapan khasiat makanan dengan lebih berkesan
Sedikit Fakta Mengenai Manusia dan AirManusia memerlukan 70% air dalam tubuh badan, dari seorang bayi yang dilahirkan sehinggalah di saat kematian.Kita boleh hidup berhari-hari tanpa makan tapi TIDAK tanpa meminum air. Setiap orang mempunyai tubuh berasid baik dari kanak-kanak hinggalah ke orang tua. Penyebab utamanya adalah dari pemakanan, minuman, stress, pencemaran udara dll. Bagi manusia, paras pH sihat adalah di antara 7.35 – 7.45. Untuk memelihara nilai pH sihat ini, salah satu caranya adalah dengan meminum air beralkali.Kalau kita tengok kanak-kanak sekarang lebih suka kepada “junk food”, KFC, Mc Donald dll. Ini semua adalah penyumbang kepada asid dalam badan. Air Alkali dapat mengurangkan asid dalam badan dan secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan penyakit-penyakit.

Tip:Air hanya boleh dimasak sekali sahaja, masak kali ke-2 boleh menjadi penyebab sel kanser

Monday 10 December 2012

* Asid - Punca Gastrik*

Kesemua makanan memberi tenaga untuk kita bekerja dan membesar. Perbezaan di antara makanan yang bagus dan makanan yang tidak bagus adalah jenis dan kuantiti bahan buangan yang dihasilkan oleh makanan itu. Makanan yang lebih baik adalah makanan yang menghasilkan bahan buangan berasid yang paling sedikit dan mempunyai paling banyak asid yang meneutralkan bahan buangan. Namun, kerana 97% dari makan kita adalah karbon nitrogen, hydrogen dan oksigen dan 3% sahaja ialah mineral-mineral beralkali, tidak kira apa yang kita makan, bahan buangan adalah berasid di dalam analisa terakhir. Jika kita boleh membantu badan kita untuk mengeluarkan 100% bahan buangan setiap hari, kita boleh makan apa sahaja yang kita suka dan masih boleh mengekalkan kesihatan yang bagus. Ini adalah lebih baik daripada merisaukan tentang apa yang kita makan dan tidak makan dan meninggalkan enzim-enzim penting yang didapati dalam sesetengah makanan sahaja. Beberapa pemakanan kesihatan adalah rumit, iaitu pemakanan ini mengelirukan. Sesetengah pemakanan membosankan dan tidak sedap.

Sesuatu yang penting perlu kita ingat ialah semua makanan, kesihatan atau makanan ringan, mahal atau tidak, sedap atau tidak, mengeluarkan bahan buangan berasid yang mana bahan kita perlu menyingkirkannya. Makanlah bergayakan sihat!

PENYELESAIANYA
-minumlah air alkali-
BIOCERA WATER FILTER RM418  hanya RM380

untuk pesanan

untuk pesanan